Sunday 26 January 2014

tugasan tahap prestasi pelajar tingkatan 3

Assalamualaikum........

Rujukan:   B6 D1 E1   
Tugasan: Bina sebuah model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas.

Rujukan:    B6 D2 E1
Tugasan: Hasilkan sebuah buku skrap mengenai kepentingan sistem respirasi yang sihat. Menjalankan penyelidikan untuk mengumpul semua maklumat dan gunakan kretiviti anda dalam menghasilkan buku tersebut. Tajuk buku skrap anda ialah :

"Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat"

Bentangkan kandungan buku skrap anda dengan menggunakan mana-mana bentuk persembahan.

Rujukan:     B6 D3 E1
Tugasan: Anda dikehendaki menulis satu artikel berkaitan darah manusia. Kandungan artikel anda mestilah meliputi aspek berikut:-
a) Komponen darah dan fungsinya
b) Kumpulan darah
c) Kumpulan darah penderma dan penerima
d) Mewajarkan kepentingan menderma darah
e) Pengendalian dan penyimpanan darah yang diderma.

Bentangkan hasil penulisan anda menggunakan pelbagai bentuk persembahan.


Selamat Maju Jaya...

No comments:

Post a Comment