Sunday, 26 January 2014

tugasan tahap prestasi pelajar tingkatan 3

Assalamualaikum........

Rujukan:   B6 D1 E1   
Tugasan: Bina sebuah model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas.

Rujukan:    B6 D2 E1
Tugasan: Hasilkan sebuah buku skrap mengenai kepentingan sistem respirasi yang sihat. Menjalankan penyelidikan untuk mengumpul semua maklumat dan gunakan kretiviti anda dalam menghasilkan buku tersebut. Tajuk buku skrap anda ialah :

"Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat"

Bentangkan kandungan buku skrap anda dengan menggunakan mana-mana bentuk persembahan.

Rujukan:     B6 D3 E1
Tugasan: Anda dikehendaki menulis satu artikel berkaitan darah manusia. Kandungan artikel anda mestilah meliputi aspek berikut:-
a) Komponen darah dan fungsinya
b) Kumpulan darah
c) Kumpulan darah penderma dan penerima
d) Mewajarkan kepentingan menderma darah
e) Pengendalian dan penyimpanan darah yang diderma.

Bentangkan hasil penulisan anda menggunakan pelbagai bentuk persembahan.


Selamat Maju Jaya...

Monday, 20 January 2014

 Lawatan pelajar tingkatan 1 ke KTM di batang kali dan juga Kuala Kubu Bharu.

Seramai 128 pelajar dan 20 fasilitator serta 3 orang guru terlibat dengan aktiviti ini.








Sekitar stesyen KTM Batang Kali.







 Pelajar berkumpul dan menanti komuter.


















 Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....

Pelajar tingkatan 1 SBP telag mendaftar pada 8 Januari 2013. Disemashur seramai 128 orang telah mendaftar dan diucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah selamat sampai di Semashur.

Pelajar tingkatan satu ini akan melalui program orientasi selama 2 minggu.
Gambar yang dipaparkan ini adalah sebahagian taklimat yang telah dijalankan kepada pelajar.





Suasana di kantin semashur pada waktu rehat.

Taklimat kekemasan diri bagi pelajar lelaki. Pelajar membetulkan samping dan ditunjukkan cara yang betul pemakaian samping.

Sunday, 19 January 2014

Assalamualaikum......

Blog baru sir KN.............
Di bina untuk menyampaikan berita dan maklumat kepada pelajar, Ibubapa atau sapa saja yang berkenaan.
Beri tunjuk ajar atau teguran yang membina .........